Satu inisiatif dana berjumlah RM5 juta oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), dengan kerjasama syarikat-syarikat ahli LIAM yang mengambil bahagian, untuk menggalakkan lebih ramai belia dan golongan yang baru membina keluarga memiliki insurans hayat.
Belia Malaysia
Baru membina keluarga
Bercadang memiliki insurans hayat
i-MULA 50 adalah program Dana Pek Permulaan Insurans (SPIF), satu inisiatif oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dengan kerjasama syarikat-syarikat ahli LIAM yang mengambil bahagian.
Dana berjumlah RM5 juta disediakan untuk menggalakkan pembelian pertama perlindungan insurans hayat.
i-MULA 50 menawarkan subsidi RM50 untuk setiap polisi insurans hayat yang layak, menjadikan insurans lebih mampu milik.
Produk yang layak termasuk pelan insurans yang mudah, mampu milik, dan mudah difahami seperti produk Perlindungan Tenang, produk mikro insurans/berpremium rendah atau produk sedia ada yang diubahsuai.
Perlindungan yang ditawarkan di bawah i-MULA 50 termasuk manfaat kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), penyakit kritikal, perubatan, dan manfaat kemasukan ke hospital.
Premium tahunan bagi produk yang bersubsidi ini perlu berada dalam lingkungan RM75 hingga RM600 untuk memastikan ia mampu milik.
Pemegang polisi dikehendaki membuat bayaran tahunan sebanyak RM25 minimum untuk layak mendapatkan subsidi RM50.
Perlindungan yang ditawarkan termasuk perlindungan asas seperti kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), perubatan, penyakit kritikal, dan manfaat pendapatan hospital.
Semak senarai polisi mampu milik yang ditawarkan melalui www.liam.org.my.
Tekan butang "KETAHUI LEBIH LANJUT" pada polisi pilihan dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans tersebut.
Teliti and fahami ciri-ciri polisi untuk memastikan ia memenuhi keperluan anda.
Setelah memilih pelan, hubungi penyedia insurans hayat anda
untuk panduan membeli polisi dan menebus subsidi RM50.
Jumlah premium tahunan perlu beranggaran RM75 sehingga RM600
untuk layak.
Dana insurans i-MULA 50 boleh ditebus pada bila-bila dari 28 Ogos 2024 sehingga dana RM5 juta ini ditebus sepenuhnya.
Subsidi RM50 ini khas untuk polisi baru di bawah program i-MULA 50 dan tidak boleh digunakan untuk memperbaharui pelan bukan i-MULA 50 sedia ada.
Setiap ahli keluarga hanya sah untuk menebus satu polisi insurans hayat bersubsidi, bagi memastikan objektif program ini tercapai.
Maklumat mengenai program i-MULA 50 boleh didapati melalui laman web LIAM (www.liam.org.my).
Untuk bantuan selanjutnya atau soalan, hubungi syarikat-syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian. Sini
Layari laman web LIAM atau syarikat-syarikat insurans hayat yang terlibat dan pilih bahagian i-MULA 50.
Pilih produk i-MULA 50 anda, hubungi syarikat insurans berkaitan dan berikan butiran yang diperlukan untuk pembelian.
Nota: Premium tahunan bagi produk bersubsidi in mestilah berada dalam anggaran RM75 hingga RM600 untuk memastikan ia berpatutan.Bayaran minimum premium RM25 diperlukan untuk menerima subsidi RM50. Hubungi syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut.
View more
View more
View more
View more
View more
View more
View more
View more
View more
View more
View more
Umur Penyertaan | Manfaat Kematian |
18-35 | RM50,000 |
36-50 | RM25,000 |
Umur Penyertaan |
Manfaat Kematian bukan akibat kemalangan |
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan |
Manfaat Hilang Upaya Kekal akibat Kemalangan |
18-35 | RM50,000 | RM 110,000 | RM 60,000 |
36-50 | RM25,000 | RM 55,000 | RM 30,000 |
Daily Income | Min Age | Max Age |
100 | 18 | 50 |
200 | 18 | 45 |
Sum Covered | Min Age | Max Age |
50,000 | 18 | 50 |
100,000 | 18 | 44 |
Silver Plan | Gold Plan | |
Cancer | n/a | v |
Heart Attack | v | v |
Stroke | v | v |
Term | Plan 1 | Plan 2 |
5 years | 50 | 45 |
10 years | 50 | 41 |
15 years | 47 | 38 |