Industri Insurans dan Takaful Menangani Kebimbangan terhadap Kenaikan Premium Perubatan ketika Kos Penjagaan Kesihatan Meningkat
Kenaikan Tuntutan dan Inflasi Perubatan
Sepanjang tempoh 2021 hingga 2023, industri insurans dan takaful telah mengalami kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini, iaitu sebanyak 56%. Lonjakan ini didorong oleh pelbagai faktor seperti kenaikan kos rawatan perubatan, teknologi kesihatan yang semakin maju, dan peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan, yang menjadikan penetapan semula harga premium/caruman sebagai langkah yang tidak dapat dielakkan. Selain daripada inflasi, jumlah penetapan semula harga juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penilaian risiko individu, pemupukan risiko, manfaat dan ciri produk serta jangkaan pembayaran tuntutan.
Walaupun syarikat insurans dan pengendali takaful mempunyai kitaran penetapan harga semula yang berbeza, mereka biasanya menyemak dan melaraskan premium/caruman setiap tiga tahun untuk memastikan kemampanan pelan insurans/takaful perubatan. Kesan terkumpul inflasi tuntutan telah menyebabkan pelarasan premium/caruman meningkat.
Faktor Utama Memacu Inflasi Perubatan
Beberapa faktor menyumbang kepada kenaikan premium/caruman:
- Peningkatan Kos Peralatan dan Rawatan Perubatan: Penggunaan teknologi canggih dan rawatan inovatif meningkatkan hasil penjagaan kesihatan tetapi juga meningkatkan kos operasi.
- Peningkatan Penggunaan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan: Semakin ramai pemegang polisi mendapatkan rawatan perubatan, termasuk rawatan selepas pandemik dan pembedahan elektif.
- Kos Operasi yang Lebih Tinggi dalam Penjagaan Kesihatan Swasta: Peningkatan kos di hospital swasta tidak dapat tidak menjejaskan struktur harga mereka.
- Kos Operasi yang Lebih Tinggi di Hospital Swasta: Kenaikan kos di hospital swasta secara tidak langsung mempengaruhi struktur harga mereka.
- Kekerapan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes dan obesiti: Meningkatkan permintaan untuk rawatan jangka panjang.
- Penduduk yang Menua: Menyebabkan permintaan yang lebih tinggi untuk penjagaan perubatan akibat peningkatan penyakit.
Sokongan Industri untuk Inisiatif Pengekalan Kos
Industri mengalu-alukan pengumuman baru-baru ini oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengenai penubuhan unit pengekalan kos untuk menguruskan kos penjagaan kesihatan. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kekal mampu milik serta mengekalkan standard penjagaan yang tinggi.
Industri juga menyokong seruan Menteri Kesihatan untuk sistem Penjagaan Kesihatan Berasaskan Nilai. Dengan menumpukan pada memberikan hasil kesihatan yang lebih baik pada kos yang mampan, pendekatan ini boleh membantu mengimbangi kemampuan dan kualiti dalam jangka panjang.
Di samping itu, pengenalan pilihan pembayaran bersama pada September tahun ini menawarkan penyelesaian jangka panjang untuk membantu pemegang polisi/sijil mengurus polisi/sijil mereka. Pilihan pembayaran bersama bertujuan untuk mengurangkan premium/caruman dengan berkongsi kos perubatan dengan pemegang polisi/sijil, menggalakkan penggunaan penjagaan kesihatan yang lebih berhemat pada jangka panjang.
Sokongan khusus untuk pemegang polisi/sijil
Industri terus berhubung dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menguruskan kos penjagaan kesihatan. Memahami cabaran yang dihadapi oleh pemegang polisi/sijil, pengendali insurans dan takaful komited untuk memberikan sokongan yang menyeluruh. Dalam hal ini, komitmen industri untuk, antara lain:
- Pelarasan harga semula secara berperingkat untuk mengurus impak kepada pelanggan;
- Wujudkan talian hotline khusus untuk setiap syarikat dan program bantuan untuk memastikan kemudahan akses kepada pemegang polisi:
- Menawarkan pelan pembayaran premium/caruman yang fleksibel kepada pemegang polisi yang terjejas;
- Menawarkan pilihan untuk pelan perlindungan yang berbeza pada premium/caruman yang lebih rendah atau sama; dan
- Melaksanakan mekanisme penyelesaian yang berkesan, termasuk saluran komunikasi khusus untuk pelanggan yang terjejas.
Butiran lanjut mengenai langkah-langkah itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Kami tetap prihatin bahawa sesetengah pemegang polisi/sijil akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan perlindungan mereka, terutamanya warga emas, dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti APHM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencari penyelesaian bagi mengawal inflasi tuntutan. Kami tetap komited untuk memastikan bahawa pemegang polisi mendapat akses kepada perlindungan dan perkhidmatan kesihatan terbaik, sambil menangani kebimbangan mereka.
Untuk maklumat lanjut, pemegang polisi/sijil digalakkan untuk menghubungi penanggung insurans atau pengendali takaful masing-masing. Butiran lanjut akan disiarkan dalam alamat laman web:
PIAM