Perancangan Kewangan bagi Rakyat Malaysia

(Dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Encik Md Adnan Md Zain bersempena dengan pengumuman Bajet Kebangsaan 2010 oleh Perdana Menteri yang dijadualkan pada Jumaat, 23 Oktober 2009)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2009: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak insentif bagi mempromosikan perancangan kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Buat masa ini, peratusan individu yang memiliki perlindungan insurans, pendidikan dan simpanan persaraan, perlindungan rawatan dan kesihatan dan sebagainya masih serendah 41% daripada jumlah penduduk.

Peratusan ini jauh lebih rendah jika mengambil kira seseorang itu mungkin telah mempunyai lebih daripada satu polisi. Jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain, tahap ini masih lagi tidak mencukupi kerana jumlah lebihan penduduk sebanyak 59% tidak memiliki sebarang perlindungan insurans.

Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil insurans hayat, LIAM berharap kerajaan dapat menyediakan pelepasan cukai secara berasingan sebanyak RM6,000 bagi premiums insurans hayat. Buat masa ini, pelepasan cukai perseorangan sebanyak RM6,000 adalah gabungan bersama caruman KWSP.

Ini bermakna, individu yang berpendapatan gaji bulanan RM4,500 dan ke atas adalah tidak layak untuk menuntut pelepasan cukai bagi polisi insurans hayat. Pada masa ini, berdasarkan kekuatan ekonomi dan upah lebih tinggi yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, gabungan pelepasan cukai sebanyak RM6,000 secara kasarnya adalah tidak mencukupi.

LIAM juga mencadangkan pelepasan cukai semasa sebanyak RM3,000 bagi pendidikan kanak-kanak dan insurans rawatan dinaikkan kepada RM6,000.

Dengan peningkatan kos pendidikan dan rawatan perubatan, cukai pelepasan yang lebih tinggi akan membolehkan rakyat Malaysia menjalani perancangan kewangan dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan bagi penyediaan keperluan.

Dengan kemajuan dalam jangkaan hayat, LIAM juga mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan penubuhan skim pencen persendirian bagi membolehkan golongan bekerja merancang persaraan mereka.

Selepas persaraan, upah pekerja mesti memastikan bahawa terdapat simpanan yang mencukupi bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang. Mengharapkan simpananan KWSP semata-mata adalah tidak mencukupi. Terdapat juga sekumpulan besar yang bekerja sendiri (hampir 25 peratus daripada penduduk bekerja) yang tidak memiliki simpanan persaraan. Oleh itu, adalah perlu untuk memenuhi jurang pendapatan dan ini boleh diselesaikan menerusi penubuhan penubuhan skim pencen persendirian.